Assalamualaikum korang yg singgah baca blog kita.. terima kasih untuk sokongan.. leceh juga tulis blog pakai fon ni. Tapi nak tulis juga..
This time aku nak share pasal bestfriend aku since high school lagi. Taknak bagitahu full name la. Just letak Mr H je. Kitaorang kawan da lama sangat. Since 2008. Time² kitaorang nak SPM dulu..Kitaorang ni memang da lama sangat tak jumpa since after SPM. Tapi ada je jumpa 2 3 kali time kerja KL dulu. Now da pindah ganu.. hahah.. Masing² sibuk gila dengan campus life. Ceritanya kitaorang jadi contact dalam 2 3 hari seminggu sekarang sebab masing² free and tengah pandemic camni kerja pun susah nak dapat.
Dulu² kitaorang jadi bestfriend sebab kitaorang partner study sama². After school hour memang kitaorang stay je kat sekolah study sama². Dia ni anak mak since sekolah lagi, kejap² balik umah..mentang² umah dekat.haha. Disebabkan kitaorang terlalu rapat sampai cikgu² ingat kitaorang ni couple. Hahaha. Siap doakan jodoh kitaorang. Nope la. Kitaorang bestfriend je. Tak lebih. No heart feeling. Cuma suka mengusik menyakat tu biasa. Ada je kawan kitaorang yg cemburu nak pisahkan kitaorang. Hello.. kitaorang bukan couple okay. Aiyoo..
Da macam belangkas da masa sekolah dulu². Aku ni pengawas pastu majlis tertinggi lak tu. Memang ramai la kenal. Dengan cikgu² lagi. Lagi pula aku budak sport dulu. Haha.. Mr. H memang la hot giler sebab tu semua perempuan cemburu bila kitaorang rapat. Aku ni tak dela lawa pun. Biashe² je lagi la orang cemburu habis. Nak dijadikan cerita bestfriend perempuan masa skolah la tikam belakang nak renggangkan hubungan kitaorang. Tak jadi apa. Sebab we both believe each other. Ada untuk sesama kitaorang bila² masa. Sebab tu until now aku tak suka nak ada kawan perempuan ramai²..kuat tikam belakang. Aku ada sorang je besty perempuan. Tupun dia da kawen and pangai jenis open minded habis.
Bila masing² da study, masing² da ada pasangan sendiri. So, tak heran sangat sebab kitaorang ni bestfriend je. Apa je aku tak puas hati, aku sedih ke.. semua aku share dgn dia. Dia pun sama. So, dua² jiwa tenang je. Hari² kalau boleh call mahu berejam borak tak ingat dunia. Mak pun da paham sangat. Kadang selamba je borak depan mak berejam². Haha.. ada je cerita dia. Kalau call ada je cerita berbeza² kadang politik la. Ekonomi la. Gosip la. Adui.. da mcm apa. Kalau dua² ada benda nak share tak habis² nak mencelah. Kadang tu.. sampai kamu cakap dlu,kamu cakap dlu. Hahaha.. lawak kot. Tapi tula. Dia punya excited tu. 4jam pun tak cukup babe.
Aku harap sangat prempuan baik² yg akan berdamping dengan dia as her wife in future. Mungkin lebih baik dari aku. Aku sayang kau kot bestfriend. Kadang² masing² gurau, kalau masing² da keje asyik nak kecewa je, baik kitaorang kawin je. Hahahaha.. kawin dgn bestfriend okay tak? Haha. Woi. Buahhati aku nak letak mana. Sayang bestfriend dgn boyfriend tak sama..
Kepada my besty, Mr H, faizah selalu doakan kamu cepat² dapat keje tetap and dapat jodoh yg baik. Nanti kita turun gombak, kamu belanja steak kay. Love you, besty. Jaga diri,jaga solat sebaiknya. Inshaa Allah rezeki selalu ada untuk kamu. Aminn..
Haaa.. da habis baca ke? Tahniah korang. Cerita aku ni takdela menarik tapi aku suka menulis. Nak buat macam mana. Terima kasih..jangan lupa, nak try mary kay cari je aku k
Bye
Comments
Post a Comment