Tuesday, September 29, 2020

Senang memaafkan - Diari hari ini

[ 29 September 2020 11.22 pm]

Malam ni aku rasa sunyi betul. Da berbulan lamanya aku duduk sesorang dekat rumah..
Actually harini aku banyak bersedih. Masa masak tadi terfikir fikir pasal mak, aku hampir2 nak potong jari sendiri masa potong bawang. Sebenarnya aku rindukan parent aku. Lepas kes nak terpotong jari tadi, aku terus cepat2 call papa. Minta cakap dengan mak. Masa aku menaip ni, serius aku tengah nangis. Dapat cakap dengan mak kejap tadi tengahari aku rasa okay la sikit walaupun aku tahan sebak masa call mak tu. 😭😭😭

Tadi tengahari lepas masak, aku kejut adik bongsu aku makan, then lepas zohor aku cakap dengan dia, aku nak ajak dia ke KTCC mall, katanya nak cari seluar bengkel. Then kebetulan F.O.S outlet tengah promo, then aku belikan 2 helai seluar untuk adik aku. Kebetulan semalam aku ada untung sikit jual mary kay. Alhamdulillah rezeki adik aku. Aku plan aku nak beli la barang untuk diri sendiri, pastu check akaun bank, dilema sebab aku tengah saving actually. Jadi lepaskan lah hajat aku nak shopping untuk diri sendiri. Dapat lepas adk aku pun da okay. Biar dia Happy.

Balik je dari KTCC, terus aku text buah hati aku. Dia macam mula2 text tu aku rasa happy sebab dia reply laju je. Selama ni dia busy sangat, and handle life dia sendiri. Jadi aku lah banyak bersabar dan setia menunggu. Nak dijadikan cerita, aku terbuka cerita pasal kawen, dia macam biasalah rileks je. Tapi aku ni perempuan, paham2 jela. Tipu lah aku tak fikir semua pasal kawen ni. Sebab aku da tanya mak aku, boleh ke tunang tak payah hantaran, sebab bagi aku itu tak penting. Pastu mak aku cakap kena ada juga. Aku macam tetiba buntu. Dengan saving pun tak banyak. Si dia pun takde cadangan pun untuk our next step. Memang la dia cakap nak kawen dengan aku. 

Aku pun tak faham kenapa aku sabar je dengan dia kalini. Rasa tenang, senang memaafkan. Bagi aku, KN ni serius mcm open minded and a bit mature kalau nak compare dengan aku. Aku ni macam childish kot. Aku da serabut giler. Aku fikir macam nak merajuk je dgn KN sebab dia tak cari time untuk call aku ke. Text pun jarang2. Aku rasa macam bukan kepentingan dia. Even jumaat sabtu pun dia takde pun mcam ada effort untuk try bercakap pasal future ktorang. Bagi aku mungkin terlalu awal lagi, tapi tula. Aku tak suka benda tergantung and takde plan. Mungkin dia belum tahap serius tahap gaban kot. Hahaha.. Tapi aku taktahu di pihak dia mcam mana pula. The struggle yang dia buat aku pun taktahu. Mungkin dia betul2 letih. 

Takpela. Sekarang ni aku penat sangat, mata aku letih mengadap komputer lama2. 

Aku nak sangat kumpul saving dalam 10k. Aku nak kawen guys bukan sebab aku gatal, tapi this is the right time I think. Serius, dengan KN😘 je. Aku da penat asyik dikecewakan. Aku harap ini yang terakhir. Doakan aku dapat apa aku cita2kan. May you be my last love. 

p/s: sepanjang aku menaip ni airmata aku meleleh laju je sebab banyak perasaan ada. rindu parent aku sebenarnya dan terkenangkan betapa sendunya hidup aku

Goodnight. 💗

Tuesday, September 15, 2020

Tentang KN

Assalamualaikum korang..

Masa aku menulis ni pukul 5.19am. Yela.. aku tak boleh tido memikirkan hubsbaby aku. Is he doing fine? Demam ke.. Dala selangor skrg kes da meningkat dan kebolehjangkitan tinggi. Tu yang aku baca dekat socmed tadi. Setelah sekian lama slot "tentang KN" ni kosong. Aku terdetik nak menulis time ni sementara tunggu subuh. Aku plan nak puasa sunat je esok. Inshaa Allah if takde pape semoga dimudahkan urusan puasa esok. 

ok lah.. aku start skrg cerita pasal KN ni. Aku sebenarnya da kenal dia more than 5 years. Seingat aku dia pernah cakap dekat kawan dia yang dia crush dkt aku. Aku pula jenis jual mahal dulu masa diploma. NI a juga first time aku tulis kat blog aku pasal love story aku. It's actually not really love story. Tapi aku consider jela love story memandangkan dia pun ada cakap nak serius sampai ke alam perkahwinan. Entahla. Ada jodoh ada lah. 

Dulu aku ni lone ranger even though aku ada ramai kawan, tapi aku prefer jalan sorang2. Tak suka ramai2. Rimas. Aku tak nafikan lah ramai je lelaki tegur aku nak berkawan. tapi aku abaikan sebab pengalaman lalu memang sakit. Dulu masa kat poli tu hujung2 zaman belajar tu ada je aku terserempak dengan KN ni. Tapi aku tak expect dia usha aku dari zaman belajar lagi. Aku tak suka pikir panjang sangat, sebab aku jenis malas nak serabut.

ni gambar zaman study diploma ni, entah apa yang helok korang duk tackle aku.. tak helok teruk 


Nak dijadikan cerita, time start degree camtu KN ajak berkenalan, aku pun accept jela. Entahlah. Maybe sebab lonely. Lepas aku da habis study dekat poli tu, aku memang da tak contact sape2 da. Aku jalani je hidop macam biasa. Kisah aku dengan KN banyak kali tertangguh. Aku pun tak ingat kenapa. Tapi tula. Aku ni tak pernah serik. Banyak kali betul terluka dek kerana dia tinggalkan aku. Aku sedih sebab aku ikhlas je berkawan dgn dia time dlu2. Lepas pada tu aku nekad taknak go on da if dia ajak berkawan balik. 

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku sebenarnya rindukan dia. Hidup berkalungkan rindu ni seksa sangat korang. Hinggalah awal tahun 2020 baru ni, dia DM aku dekat twitter. Aku sebenarnya nak sangat reply, tapi aku takut. Aku kecewa banyak kali dgn dia. Dia pernah singgah dekat hati aku, jadi ada sikitla terpalit sayang tu. End up aku tak reply pun. Actually he is not really my type. Kuat tidur is not really my type. Kaki game. Tapi bagi aku mungkin game boleh releasekan stress dia dengan keje. Harini aku tak dapat text dia langsung. Mungkin sebab dia penat seharian. Aku macam paham2 dia ni sejenis yang tak boleh penat. Aik awak tiru saya ya yg2, haha.. Tapi da dekat umur 30 ni, aku macam da terbiasa da penat dan tido lewat. 

Apa yang aku tahu pasal KN ni, seingat aku dia anak kedua dari empat beradik. Aku perasan aku ni asyik berkawan dgn anak lelaki tunggal dalam family dorang. Allah bagi hint kot. hehe.. wallahua'lam. So, tarikh keramat aku reply DM dia dekat twitter ialah 14 ogos 2020. Masa tu entah macam mana, aku reply je text dia. Memandangkan aku aktif dekat twitter lately. Aku sebenarnya da penat nak kecewa. Aku benar2 minta tuhan utuskan lelaki yang betul2 untuk aku. KN ada cakap yang dia selalu stalk aku dekat social media. Haha. Dia da bercakap nak berkawan serius, sampai kawen. Aku macam biasalah awal2 tu jual mahal. Tapi aku da sayang pastu tak sampai hati. Bukan senang nak move on taw. Aku mula cerita dekat adik aku, adik aku cakap go on je and buka buku baru. Tahu kenapa aku tanya adik aku, sebab dia lagi expert daripada aku and dia pernah kawen, so pengalaman tu ada. Inshaa Allah KN terbaik katanya. Eventhough aku ada je berkawan dengan orang lain. 

Kami berkenalan balik and baru aku tahu ayah nya orang penang, ibu orang negeri sembilan. So, takpela. Dulu aku memang berangan nak ada suami suka layan aku makan pedas, tup2 skrg aku da tak makan pedas sgt, hmm..tapi tula si KN ni makan pedas. matila nak kena masak pedas2. haha. ayam masak lemak cili padi. bole lah nanti belajar dengan ibu. Satu je kelemahan si KN ni, dia tak suka pegang fon untk reply chat, tapi kalau malas reply chat baik awak call saya .Takut silapharibulan saya sendiri lesap. Hahaha. Cuma aku puji lah dia, dia sejenis yang cool tahap tenang gila. Punya lah aku membebel, merengek2, marah2. dia boleh rileks je. Siap cakap, takpe syg it sokay. erghhh.. dia buat macam takde mende jadi. taktahu macam mana nak bagi dia hilang sabar. Yang psti kalau aku delete profile picture kt whatsapp atau letak dp macam kecewa gitu, mesti dia tegur. Aku pula jenis perangai jenis suka menganjing. Matilanak.  Aku banyak cari latar belakang dia, tanya kawan2 dia. Dia jenis macamana. Nak buat suami weh, tak boleh buat main, ciri2 agama tu kena ada. Solat tu penting. 

Serius aku rindu betul dengan dia. Aku nak jumpa dia, tapi aku tak rasa sekarang masa yang sesuai aku jumpa dia. Hopefully one day nanti la. Aku taktahulah apa dia buat today. Yang aku pasti takde masalah antara kami. Takpela give him time. Aku selalu je scroll twitter dia, nak tengok personaliti dia. Tengok how he tweet. Tipu lah tak de rasa cemburu. Ada sangat, tapi aku positif je. Aku cek da sebulan dia takde tweet or retweet pape. I just miss your tweet dear. Now aku rasa this relationship nampak matang. Kalau tak dulu mesti aku marah2. Sekarang ni aku just nak kan perhatian je. sebab da lama sangat aku tak dapat perhatian daripada dia. 

Aku tak ready lagi nak jumpa dia depan2 sebab muka aku breakout and macam ada bintik2 keliling mata tu. Tu aku kata, aku ni tak menarik pun. Tapi my bestfriend cakap aku ni cun. hahahaha.. bengong la eventhough ada bintik2 tu. katanya mata lelaki ni berbeza2. taste beza2 gitu. 

Takpela. Abaikan jela ada jodoh, ada la. Takde aku tunggu jela. Tapi berharap sangat KN ni jodoh yang betul2 la. Mungkin coverage GPS dia dulu asyik hilang kot. Now da jumpa. Takpela yg2, saya tunggu masa sesuai then awak datang jumpa parent saya. Kalau awak serius kita tunang la dulu. Kalau ikut kan agama kalau berjanji nak kawen maksudnya da tunang da. Hm.. hopefully saya bertahan la selagi mana kita masih lagi dalam fasa taaruf. Hari2 doa sebut nama awk yg2. satu je awak kena tahu, saya ni tak kuat bila nak kena stay alone. Bila sorang2 saya senang tumbang.. Serius rindu. 

Ok la.. sampai sini je. Salam subuh. 


Saturday, September 12, 2020

Kisah aku (bestfriend ever)

 Assalamualaikum korang yg singgah baca blog kita.. terima kasih untuk sokongan.. leceh juga tulis blog pakai fon ni. Tapi nak tulis juga..

This time aku nak share pasal bestfriend aku since high school lagi. Taknak bagitahu full name la. Just letak Mr H je. Kitaorang kawan da lama sangat. Since 2008. Time² kitaorang nak SPM dulu..Kitaorang ni memang da lama sangat tak jumpa since after SPM. Tapi ada je jumpa 2 3 kali time kerja KL dulu. Now da pindah ganu.. hahah.. Masing² sibuk gila dengan campus life. Ceritanya kitaorang jadi contact dalam 2 3 hari seminggu sekarang sebab masing² free and tengah pandemic camni kerja pun susah nak dapat. 

Dulu² kitaorang jadi bestfriend sebab kitaorang partner study sama². After school hour memang kitaorang stay je kat sekolah study sama². Dia ni anak mak since sekolah lagi, kejap² balik umah..mentang² umah dekat.haha. Disebabkan kitaorang terlalu rapat sampai cikgu² ingat kitaorang ni couple. Hahaha. Siap doakan jodoh kitaorang. Nope la. Kitaorang bestfriend je. Tak lebih. No heart feeling. Cuma suka mengusik menyakat tu biasa. Ada je kawan kitaorang yg cemburu nak pisahkan kitaorang. Hello.. kitaorang bukan couple okay. Aiyoo.. 

Da macam belangkas da masa sekolah dulu². Aku ni pengawas pastu majlis tertinggi lak tu. Memang ramai la kenal. Dengan cikgu² lagi. Lagi pula aku budak sport dulu. Haha.. Mr. H memang la hot giler sebab tu semua perempuan cemburu bila kitaorang rapat. Aku ni tak dela lawa pun. Biashe² je lagi la orang cemburu habis. Nak dijadikan cerita bestfriend perempuan masa skolah la tikam belakang nak renggangkan hubungan kitaorang. Tak jadi apa. Sebab we both believe each other. Ada untuk sesama kitaorang bila² masa. Sebab tu until now aku tak suka nak ada kawan perempuan ramai²..kuat tikam belakang. Aku ada sorang je besty perempuan. Tupun dia da kawen and pangai jenis open minded habis.

Bila masing² da study, masing² da ada pasangan sendiri. So, tak heran sangat sebab kitaorang ni bestfriend je. Apa je aku tak puas hati, aku sedih ke.. semua aku share dgn dia. Dia pun sama. So, dua² jiwa tenang je. Hari² kalau boleh call mahu berejam borak tak ingat dunia. Mak pun da paham sangat. Kadang selamba je borak depan mak berejam². Haha.. ada je cerita dia. Kalau call ada je cerita berbeza² kadang politik la. Ekonomi la. Gosip la. Adui.. da mcm apa. Kalau dua² ada benda nak share tak habis² nak mencelah. Kadang tu.. sampai kamu cakap dlu,kamu cakap dlu. Hahaha.. lawak kot. Tapi tula. Dia punya excited tu. 4jam pun tak cukup babe.

Now.. cerita pasal aku nak kawen dgn bf aku pun aku cerita kat dia. Dia memang pendengar yg setia. Alhamdulillah. Lama sngt da kawan. Masing² paham dan selalu bg positif feedback. Mcmni baru kawan. Hihi..

Aku harap sangat prempuan baik² yg akan berdamping dengan dia as her wife in future. Mungkin lebih baik dari aku. Aku sayang kau kot bestfriend. Kadang² masing² gurau, kalau masing² da keje asyik nak kecewa je, baik kitaorang kawin je. Hahahaha.. kawin dgn bestfriend okay tak? Haha. Woi. Buahhati aku nak letak mana. Sayang bestfriend dgn boyfriend tak sama..

Tapi kita tak tahu penghujungnya macamane. Lagipun boyfriend aku cakap dia syang aku. Tp dia susah sangat nak tunjuk. I don't think i would stay longer if i can't feel the love. Hello Mr boyfriend, awak jangan ingat saya boleh stay lama kalau awak abaikan saya dan simpan rasa awk tu, saya boleh stay tapi saya takut cinta saya pada awak akan jadi cinta hati batu. Takde perasaan at last. Tapi mak selalu cakap,manusia ni macam² perangai. Dia sayang tapi tak reti tunjuk by text or call. Dia tunjuk melalui perbuatan. Haha. Whatever lah. Hujung tahun depan kita kawin. Kalau ada jodoh dgn nampyeon.

Kepada my besty, Mr H, faizah selalu doakan kamu cepat² dapat keje tetap and dapat jodoh yg baik. Nanti kita turun gombak, kamu belanja steak kay. Love you, besty. Jaga diri,jaga solat sebaiknya. Inshaa Allah rezeki selalu ada untuk kamu. Aminn..


Haaa.. da habis baca ke? Tahniah korang. Cerita aku ni takdela menarik tapi aku suka menulis. Nak buat macam mana. Terima kasih..jangan lupa, nak try mary kay cari je aku k www.wasap.my/60134116569


Bye

Wednesday, September 9, 2020

Resepi KEK Coklat Pisang (barang yang ada kat umah je)

 Assalamualaikum.. tak jawab dosa.


This time nak cuba lah pos resepi kek coklat pisang ala ala faizah punya style, memandangkan pisang banyak pula kat umah ni. hahaha

Ni resepi dia:

BAHAN A

Pisang ikut suka nak banyak mana tapi faizah pakai 7 biji cmtu

gula secawan 

susu serbuk secawan

minyak masak secawan

telur 3 biji

Bahan A kita hancur dan kacau sebati

BAHAN B

Tepung 2 cawan

Baking soda 1 sudu kecil

Baking powder 1 sudu kecil

Serbuk coklat

Bahan B tu kita ayak letak dalam bahan A

Sediakan tray yg nak bakar tu, sapu margerin, panaskan oven 160 degree celcius. 

Letak topping coklat chip, pisang, sebab suka cheese, kita tabur cheese.. hehe

Bakar 45 minit ya temperature 160'c.


Selamat mencuba

Tuesday, September 8, 2020

Kisah Aku (master's life)

Kesinambungan entri aku sebelum ni bukan nya aku nak aibkan sesiapa. Aku just tulis apa yg aku rasa. Aku tak rasa pun ramai yang baca entri aku. So daripada   aku ceritakan kat orang pasal perasaan terkilan aku ni, dorang punya komen kadang2 menyakitkan hati. Aku fikir better aku post kat blog aku, at least rasa tenang sikit hidup ni..

 

Entri kalini aku nak tulis pasal master’s life aku sebelum ni. As korang tahu, aku really work hard for my study and family. Yela, siang2 start pukul 10pagi memang aku akan masuk bengkel kuih mak aku, paling2 buat kuih untuk frozen ke..kalau contoh petang tu niaga pasar tani, aku buat lah kuih untuk niaga..macam2 jenis kuih ktorang buat, yang ni korang bole tgok kat ig kuih bujang. Situ banyak betul menu nya. Da settle bab kuih, kul 5 petang aku ready untuk pergi kelas, biasanya kelas memang start kul 6ptg sampai 9 malam. Kalau takde discussion, aku balik awal, kalau ada discussion mungkin jam 10.30 malam tu aku da ada kat umah..

 

Aku biasa niaga kat pasar tani, 4 hari seminggu. Hari2 lain agak santai jela. Kadang2 mak ajak pegi beli stok bhan mentah, kadang2 ada tempahan. SO, mcmtu la struggle dia. Tk kira time nak final exam lagi. Tapi syukur lah mungkin berkat doa mak juga, aku dapat pointer 3.80 ke atas every semester. Ada 4 semester kalau dekat umt. Lecturers pun baik2. every sem ada 4 subjek, nak kata susah hmm..depend pada pemahaman masing2 kot. Kalau kau pickup slow susah jugak la.. hahha..

 

Subjek yang paling aku suka pasal ethic, yg ni belajar pasal corporate governance gitu, and satu lagi aku suka subjek research method. Kat sini aku belajar cara buat research yang betul. Alhamdulillah pensyarah aku sangat lah bersabaar mengajar aku ni yg jenis banyak tanya dalam kelas. So, master ni more to discussion in class. Kalau kau byk bagi pendapat, konfem kau jadi feveret lecturer and diorang ingat kau. Hahaha

 

So, in semester 3 aku da start kena cari supervisor untuk research aku. Aku punya research more to ethic in accounting field. Aku buat pasal whistleblowing intention among trainee auditors. Memang struggle sebab mula2 tak faham, lastly sebab kau jumpa orang betul untuk kau rujuk, alhamdulillah semua jadi okay je. Aku suka bertanya bila aku taktahu.. so, tak bertanya sesat jalan. Alhamdulillah tengah tunggu nak publish je. Doakan kita taw korang. Tapi nak compare dengan universiti lain, MBA umt paling murah antara universiti lain. So, pilihlah UMT. Pensyarah sangatlah membantu.

 

And now, kita on my journey nak sambung PhD. Thank god kita punya bidang accounting. Doakan kita taw. Sekarang ni kita buat partime beauty consultant Mary Kay, nak try bole whatsapp kita. www.wasap.my/60134116569 takpun join telegram kita  https://telegram.me/marykay100promo


Pesanan faizah sambung belajar ni biar ikhlas, and jangan fikir sebab susah dapat kerja. Betulkan niat and tawakkal taw. Faizah suka nak tekankan level master bukan time nak cari kawan, time master ni time cari networking utk future career, tu je.. sekian .. lot of love 

Thursday, June 26, 2014

AYAT CINTA PENENANG HATI

  • Cinta hadir kerana "PERKENALAN" Bersemi kerana "PERHATIAN" Bertahan kerana "KESETIAAN" namun ianya dapat susur kerana kebohongan ..
  • Selalu perempuan suka katakan dia ingin menyendiri tetapi hakikatnya dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan hati dan perasaan dia :)
  • Al-Quran is the best NOVEL. Nabi Muhammad is the best MODEL. Solat is the best EXERCISE. Zikir is the best SONG. Fasting is the best DIET.
  • Jєɑℓღµs & sɑќɨт ɦɑтɨ ɑ∂ɑℓɑɦ ℓµʍʀɑɦ вɨℓɑ ќɨтɑ ʍµℓɑ sɑγɑиɢ sღʍєღиє. Jєɑℓღµs ʍєиɢɑʆɑʀ ќɨтɑ вєʀsɑиɢќɑ вɑɨќ. Sɑќɨт ɦɑтɨ ʍєиɢɑʆɑʀ ќɨтɑ вєʀsɑвɑʀ ❤
  • "KESAKITAN" membuat kita bertambah kuat- "AIR MATA" membuat kita menjadi lebih berani .terima kasih pada yang lalu .hargailah yang baru :)
  • Drpd cium kekasih, baik cium TIKAR SEJADAH. Drpd pegang tangan kekasih, baik pegang AL-QURAN. Drpd peluk kekasih, baik peluk MAK & AYAH :)
  • Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah..
  • Si miskin naik kereta kancil, Si kaya naik kereta ferrari, Apabila mereka sudah mati, kedua-duannya naik van jenazah, Allah Itu Maha Adil..
  • Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah.
  • Perempuan takut nak minta COUPLE sebab dia takut dikecewakan. Tapi perempuan tak takut minta BREAK sebab dia tahu dia dah dikecewakan.
  • sesetengah orang bila dia sedih dia tak tunjuk,dia hanya pendam & dia akan sembunyikan semuanya dengan senyuman dan ketawa palsu.
  • Subuh subuh⇨azan dilaungkan⇨kejut isteri solat ⇨berjemaah bersama⇨habis solat ⇨salam tangan suami⇨kucup dahi isteri⇨Sweetnya semua halal ♥
  • Hargai perasaan orang yang awak syg. Jgn biarkan dia menangis kerana awk tak pernah tahu ada seseorang yg sedang berusaha buatnya tersenyum.
  • Jangan sekadar 5A Upsr. 8A Pmr. 10A Spm. Akhlak kena A. Amal kena A. Akidah kena A. Nak dapat A macam mana? Dekat dengan A. A itu Allah.
  • Dear future husband I'll be good wife after nikah as long you promise for help and accompany me getting me to jannah♥ that women want :-)
  • Perempuan pertama yang awak kena bahagiakan IBU awak. Selagi IBU awak tak bahagia jangan bermimpilah awak nak bahagiakan perempuan lain.
  • Apple lawan Samsung→Facebook lawan Twitter→BBM lawan Whatsapp→Tapi saya?→Saya taknak lawan awak→Sebab saya sayang awak ♥
  • ”Ya Allah, izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku.”
  • Jgn persoalkan knpa Allah tak makbulkan doa kita serta merta, tapi brsyukur Allah tak balas tunai segala dosa kita serta merta atas dunia ni ..
  • Jangan pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita . Kerana orang itu juga yang pernah membuat kita tersenyum..
  • Jangan memberi harapan kepada yang belum pasti. Dan jangan menaruh harapan kepada yang belum tentu dimiliki.
  • "If ALLAH SWT can take away something you never imagined losing,Then He can replace it with something you never imagined owning"
  • Seorang anak tidak akan tahu kasih sayang ibu bapa dengan sebenar-benarnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri .
  • Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
    Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
    Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
    kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')
  • BF : " Baby Nak Kiss " GF : ILYSM nak? BF : I Love You So Much ke? :D GF : Takla, maksudnya I Lempang You Sampai Mampos. Nak ?
  • IMAN ni sebenarnya macam batery handphone , kadang-kadang naik , kadang-kadang turun .. kalau nak selalu naik , kena cas .. Kalau nak iman teguh kena selalu beribadah ..
  • Suami basuh kereta → Isteri percik air → Kena suami → Isteri lari → Suami kejar → Suami dapat tangkap → Suami cakap nakal yew .. → Isteri tersenyum → Sweet
  • Anak → Panah → Ini → Membuatkan → Pengguna → Facebook → Tertarik → Untuk → Membaca-nya → Buktinya → Anda → Sedang Membacanya.
  • Bilɑ sɑyɑ senyum Tɑk bermɑknɑ sɑyɑ bɑhɑgiɑ Bilɑ sɑyɑ ketɑwɑ Tɑk bermɑknɑ sɑyɑ gembirɑ Sebuɑh senyumɑn boleh sembunyikɑn seribu perɑsɑɑn.
  • PEREMPUAN jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, syurga tetap di bawah tapak kaki suami. Jadi LELAKI walau syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, SYURGAMU tetap di bawah tapak kaki IBU :)
  • Pakwe : "Awak kenapa muntah ? Sakit ke ? "
    Makwe : "Tak . Cuma terlebih kenyang" .
    Pakwe : "Awak Makan ape" ?
    Makwe : "Makan janji palsu awak lah" !!
    Pakwe : "Senyap"
  • =>> Disebalik AIR MATA, pasti akan datang SENYUMAN ♥‿♥
    =>> Disebalik LUKA, pasti akan datang PENYEMBUH ♥‿♥
    =>> Disebalik KESABARAN, pasti akan datang KEBAHAGIAAN ♥‿♥
    =>> Disebalik KESULITAN, pasti akan datang KEMUDAHAN ♥‿♥
    =>> Disebalik KEBENCIAN, pasti akan datang KASIH SAYANG ♥‿♥

    KESABARAN membuahkan hasil yg sgt MANIS..Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama Hamba-hambanya yang SABAR..SABAR itu SEPARUH DARI IMAN ^_^
  • Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hatimu kerana Dia ingin manusia sedar bahawa cinta kpd seseorang yg bukan halal bagimu lambt laun pastinya akan pudar dan kamu akan merasa tawar hati dgnnya, tetapi cinta pada Yang Maha Esa,hatimu tidak akan pernah merasa tawar..
  • ✿~ LELAKI : ''Senang nak cari PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG, tetapi..susah nak cari PEREMPUAN yang MENUTUP AURAT...''

    ✿~ PEREMPUAN : ''Mudah nak cari LELAKI yang PANDAI BERCINTA, namun..sukar untuk dapatkan LELAKI yang SETIA dan BERTANGGUNGJAWAB...''

    p/s : ISTIQAMAHLAH dalam memperbaiki diri ke arah yang LEBIH BAIK, utamakan PANDANGAN ALLAH daripada pandangan manusia..kerana sebaik-baik PENILAIAN hanyalah datang dari Allah..♥
  • (^_^)❤ Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. (^_^)❤ InsyaALLAH..
  • ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.
  • Jangan berubah untuk menyenangkan seseorang yang kau cinta kerana ia mungkin tidak kekal lama .. Tetapi berubahlah kerana Allah dan perubahan itu membuat peribadimu menjadi lebih baik ...
  • Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
  • Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada HambaNya.. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya.. Kasih saudara masa berada.. Kasih sahabat masa binasa.. Kasih suami isteri sepenanggungan.. Kasih orang menaruh harapan..
  • Jika kita marahkan dia jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya. Jika kita menyukai dia jangan sampai tak nampak lagi keburukannya..
  • Nak cari BAKAL ISTERI, carilah yang TAAT DENGAN PERINTAH ALLAH, bila perintah Allah dia taat..insyaAllah dengan SUAMINYA JUGA AKAN TAAT.
  • Dia marah solat lambat, Dia sayang awak. Dia tegur cara berpakaian, Dia takut orang lain tengok aurat awak. Inilah Calon Suami terbaik ♥
  • ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :)
  • *KAUM HAWA*Kalau putera raja yang awak cari belum tentu awak bahagia di akhirat.Jika putera agama yang awak cari insyallah bahagia d'akhirat.
  • Nafsu itu boleh menjadi raja yang zalim jika tidak dibajai dengan ayat Allah .Oleh itu perbanyakkan Zikrullah pasti hati jadi tenang 
  • Lelaki soleh :" Kami menundukkan pandangan bukan kerana kamu tidak cantik tetapi kerana kami tidak mahu jatuh cinta dengan cara yang salah"
  • Apa yang pasti ,setiap perancangan&ketentuan itu pasti yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, terseksa zahirnya. Senyumlah ♥
  • "serahkan hatimu hanya untuk Allah,pasti Allah akan menumakan pada pemilik yang baik soleh mahupun solehah "
  • "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman."
  • Jgn terlalu gah dgn pujian manusia krn tu semua pinjaman belaka, itu juga ujian Allah nak tengok kite ni sedar diri tak siapa yg bagi.
  • Lelaki mmg suka perempuan yang cantik. Tapi lelaki lebih senang jatuh cinta dekat perempuan yg pandai ambil hatinya dan buat dia tersenyum.

Saturday, May 3, 2014

how to know people personallity

Assalamualaikum. hello everyone..

My new entry today is about people personality. huhu..
If you want to know, there are 4 categories of people personality. 



Lemme start with first type of personality;

It is visual;

For those who are visual, they like mind map, image, colour and so on.
They love something that based on art. The place that are suitable for them in the library is near to window or a place that have mirror. Their notes would be in mind-map, in many various colors, will be many image and something so artistic. The way how you would congrats them is with your movement, like thumbs up! and say congrats.. huhu.. They just love to see something visually. If they are going to shopping mall they like to bring along all his friends, haha.. so awkward. When they are choosing the clothes, he will ask his friend whether the cloth is fixed to him or not even he don't feel comfortable. haha. Just need people praised to him. 

The second personality is :

Auditory;

For those who are auditory, they love to listen.  The place that suitable for someone that is auditory in the library is in the place who do not have anyone. Most of the auditory people are shy people. They are an intelligent one, even they are sleeping in the class, they keep hearing what the lecturer teach in the class. If you want to copy notes, you should ask with the auditory people cause their notes is complete. Haha. If you want to congrats them, you just need to speak at his ears, cause he love to hear not visual it. Keep "bisik" when you want to congrats them, they will so happy after that.

The third personality is:

Kinaesthetic;

For those whose kinaesthetic, they are someone that love to make jokes. There will be no place for them in the library, because he will just study in 10 minutes for all chapter, then will disturb all his friend. You should be patient when you are befriend with them. Even though they studied for 10 minutes only, they can catch up what they studied. huhu. If you want to congrats them, you should touch his shoulder and say "congratulation". This is because they love touch. 

The fourth personality is;

Digital;

For those whose digital, they just like monologue with their self. Just comfortable with their self. They will keep silent just talk to himself. For digital, they don't like to come to the library. When he is going to shopping, he love to go by himself. In the shop, they will just talk to himself if the cloth fixed to him or not. If the salesgirl or salesman come and disturb them when they making a decision, he will just go and said " takpela..tengok2 je" . People with digital personality will just congrats to himself, and will feel okay without any other people congrats to their self.

As conclusion, everyone should have all of this in their self to complete their life.


Tuesday, April 22, 2014

Third Language Festival - Japanese Language (Nihongo)

Assalamualaikum w.b.t

My entry today is about the third language festival which is held in my campus,Kedah. Last night my group presenting our choir titled "Mirae" by Kiroro. Gladly our group has won the competition. Alhamdulillah. We have got cash for the competition RM 300. All of us are very happy. 

I also feel glad that all my friend come and support me and omaq. They said that "taksia-sia kitaorang datang malam ni,korang menang" hahaha. 

Now, cf  nak attach sikit gambar event semalam.. hehe.. selamat mencuci mata.


cf tu gelak sesorang.. seronok menang.hehe

dari kiri: afiq, am, omaq, hanif, zarwan
thanks friend for supporting me.

dari kiri: azua, afiq, am, omaq, cf, hanif, zarwan
malam tadi team apam semua ada.. cf seronok sgt. semangat jadinya.
ehem,ehem.. cf tu jangan nak gemuk sangat.huhu











After this week, our group will compete between other third language. So, my group will mewakili other japanese group. The sensei said to us that we must improve our choir to the better one. But actually, cf didn't expect that our group will win this competition. Fuhhh..hopefully after this we will win again.
 pray for us ok! ganbate kudasai.! 
#prayforbjp501


Tuesday, April 23, 2013

contoh surat rasmi memohon cuti untuk tidak hadir ke sekolah


Xxx (nama penulis)
(Alamt Penuh )

Guru Kelas
Tingkatan 2A3
(Alamat penuh sekolah)                                                                                                        24 April 2013
Tuan/ Puan;
Perkara: Memohon Cuti Untuk Tidak Hadir Ke Sekolah
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
2. Saya ibu kepada Muhamad Farhan Hafiz ingin memohon cuti bagi anak saya untuk tidak hadir ke sekolah mulai 2 Mei hingga 13 Mei 2013.
3. Hal demikian kerana kami sekeluarga mempunyai urusan keluarga yang harus diselesaikan di Kuala Lumpur. Di mana ianya tidak dapat diterangkan melalui surat ini.
4. Anak saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di sana nanti.
5. Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Terima kasih.
Yang benar,
tandatangan.
(nama penulis)


INI ADALAH CONTOH SURAT RASMI UNTUK TIDAK HADIR KE SEKOLAH..
seLAMAT MENcuba :) ^~^